Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
3rd - 4th Feb 2010,The Summit Hotel,Subang Jaya
24th - 25th May 2010,The Summit Hotel,Subang Jaya
Salam Sejahtera,
Penyelia anda pada masa kini merupakan pemimpin di masa hadapan. Pengurusan penyelia merupakan satu-satunya cara untuk membina kumpulan yang unggul dalam memahami dan memenuhi keperluan klien anda, meningkatkan produktiviti dalaman dan hubungan dalaman, serta membantu organisasi mencapai objektifnya.
Penyelia merupakan penghubung yang amat penting di antara bahagian pengurusan dan pelanggan. Oleh yang demikian, penyelia anda perlu dilengkapi dengan kemahiran yang setimpal supaya mereka dapat menghadapi cabaran-cabaran pada masa depan, sentiasa meningkatkan prestasinya supaya sejajar dengan misi organisasi, dan mendemonstrasikan pemahaman yang menyeluruh terhadap kehendak pelanggan. Peningkatan kemahiran dan minda penyelia anda akan secara langsung membina pekerja yang mahir dan matang di tempat kerja.
PENYELIAAN! Itulah yang harus dimiliki oleh seseorang penyelia untuk menghadapi perubahan cabaran pada masa depan.
Tentang apakah kursus ini?
Program ini memberi pemahaman yang menyeluruh mengenai fungsi pekerjaan dan cara-cara yang berkesan dalam menjalani tugas harian anda. Program ini merupakan kombinasi sesi interaksi dan praktikal yang membolehkan anda mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan sepenuhnya.
4 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini
Modul 1: Tugas Penyelia Moden - Melakukan Perubahan
- Mengenali Diri sebagai Penyelia
- Erti penyelia dan penyeliaan
- Peranan penyelia
- Kajian kes #1 : Analisis peranan seorang penyelia
- Kepenyeliaan dan kepimpinan
Modul 2: Penyelia dan Penyeliaan yang Berkesan
- Sifat-sifat penyelia yang berkesan dan yang tidak berkesan
- Analisis sifat-sifat dan kualiti diri penyelia yang berkesan
- Membentuk sifat-sifat penyelia yang berkesan
- Workshop #1
Modul 3: Gaya dan Prinsip Kepimpinan Penyelia
- Teknik merancang dan mengurus kumpulan
- Kajian kes # 3 : Penyelia dalam situasi yang berbeza
Modul 4: Kemahiran-Kemahiran Penyeliaan
- Komunikasi berkesan dan hubungan kemanusiaan
- Profail Komunikasi
- Peningkatan Skil Komunikasi
- Applikasi Matriks Komunikasi
- Workshop # 2
- Teknik Delegasi
- Merancang
- Teknik Delegasi Berkesan
- Delegasi dengan Masa Luput /Deadlines
- Workshop # 3
- Motivasi dan latihan kepada pekerja
- Teknik Motivasi Kumpulan yang berkesan
- Mengatasi Konflik
- Penghargaan dan Pengiktirafan
- Workshop # 4
- Kepimpinan Berkesan
- Jenis-jenis stail Kepimpinan
- Mengatasi Masalah dengan berkesan
- Membimbing dan Kaunseling - 'Mentor-Mentee'
- Workshop 5
- Penggunaan Masa secara efektif
- Tugas Utama dan Penting
- Pembahagian Keutamaan
- Penculik Masa
- Workshop # 6
- Penyelesaian Masalah Berkesan secara berkumpulan
- Membina pasukan kerja
- 5 Step untuk mengatasi masalah
- Menjauhi Masalah
- Workshop # 7
Kenapa anda harus menyertai kursus ini?
Anda akan mempelajari kemahiran penting yang akan membolehkan anda berjaya dalam kerjaya anda
- Memahami fungsi penyelia sebagai seorang pemimpin
- Kebolehan menggunakan kemahiran komunikasi, motivasi dan delegasi
- Memahami dan mengatasi masalah secara efektif
- Menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan pekerja-pekerja yang berlainan
- Membentuk kebolehan penyelia memotivasikan pekerja dalam mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan mereka
Pelatih Kursus
Mr. Pathmanathan Balakrishnan, atau yang lebih dikenali dengan nama samarannya Mr. Nathanji merupakan seorang pelatih yang dinamik dengan gayanya yang tersendiri dan pengalamannya yang melebihi 15 tahun dalam bidang latihan perindustrian.
Terlatih di bawah bimbingan pelatih-pelatih yang terkenal di dunia seperti Bod Procter, Philip Teal dan Chris Newton, beliau telah melatih beribu-ribu peserta yang berasal dari bidang perindustrian yang berlainan. Ini termasuk bidang perkhidmatan, multinasional, perusahaan organisasi, industri penginsurans, industri penghotelan dan industri jaringan pemasaran.
Mr. Nathanji merupakan seorang pelatih yang serba boleh dalam pendekatan dan penyampaian ceramahnya.
Berdasarkan teknik pembelajaran yang dijalankan secara praktikal, semangat interaksi beliau yang tinggi dan pendekatannya yang ramah serta mantap meningkatkan penyerapan inti latihan oleh para pesertanya dengan mudah sekali.
Sepanjang pengalamannya yang setiap masa berdepan dengan orang-orang dari pelbagai tahap dan latar belakang, beliau sentiasa mencipta teknik latihan dan topik yang baru selaras dengan keperluan pelatihan yang semakin meningkat pada masa kini.
Penyertaan dalam latihan beliau semestinya sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan di mana para peserta menyedari kebolehan dan potensi yang terlindung dalam diri mereka yang akan membawa kepada pembinaan serta persembahan yang unggul di mana jua dalam kehidupan mereka.
Siapa yang patut hadir
Pengurus pengeluaran, Eksekutif, Jurutera, Penyelia, Ketua Kumpulan, dan mereka yang ingin meningkatkan produktiviti dan keberkesanan di tempat kerja.
Saiz Kursus
Pendaftaran hanya dihadkan kepada 25 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami atau memuat turun borang pendaftaran di sini dan fax kepada kami di +6 03 40235716.
Pembiayaan HRDF
Kursus ini adalah HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.
Bayaran Kursus $$
RM 990.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan.
Pendaftaran Awal!!
Daftarlah secepat mungkin untuk menikmati potongan sebanyak 5%. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di sini.
Pendaftaran Berkumpulan!!!
Sekiranya anda mendaftar 3 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 5%, dan sekiranya kumpulan anda ialah 5 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 7% dan 10% potongan akan diberikan sekiranya anda mendaftar seramai 8 orang atau lebih. Oleh itu, daftarlah bersama-sama kawan atau rakan sekerja bersama anda.
Jaminan 100%
Kami memahami sebahagian dari anda tidak mengetahui kami. Oleh yang demikian kami memberi jaminan kepuasan 100%. Sekiranya anda merasai apa yang anda perolehi tidak memadai dengan jumlah yang anda bayar, kami akan memberi jaminan 100% wang kembali tanpa sebarang persoalan.
Sekiranya anda berminat, anda bolehlah mendaftar dan memuat turun risalah di sini, dan fax borang pendaftaran kepada kami di ++6 03 40235716. Dan Sekiranya anda mempunyai kawan atau rakan sekerja yang ingin meningkatkan lagi kebolehan penyeliaan mereka, silalah hantarkan maklumat ini kepada mereka.
Yang Benar,
PQMSeminar.com
Tel: ++6 03 40216000
Fax: ++6 03 40235716
Email: pqms@pqmseminar.com




